sudah terbit! Tahniah semua!!!
Tuesday, July 17, 2012
Borang Pertandingan Menulis Esei dan Puisi Hari Kemerdekaan 2012
PERINGATAN: TARIKH TUTUP
PENYERTAAN PADA 15 OGOS 2012
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MENULIS
ESEI DAN PUISI KEMERDEKAAN 2012
Anjuran: Pejabat
Daerah Segamat, UiTM Cawangan Johor, PPJ Segamat, UMNO Cawangan Bandar Putra
Fasa 1, Persatuan Bahasa Mandarin UiTM Cawangan Johor, dan Perpustakaan Awam
Johor Daerah Segamat
Nama Penuh
|
:
|
|
No. Kad Pengenalan
|
:
|
|
Alamat Penuh Rumah / Pejabat
(Urusan Pos)
|
:
|
|
Alamat Penuh Pejabat / Organisasi / Sekolah / Institut Pendidikan
|
:
|
|
No. Telefon, Faksimile
dan E-mel
|
:
|
|
Tajuk Karya Esei/ Puisi
|
:
|
|
·
1.
Panjang esei adalah antara 350-500 patah perkataan. Tema esei tertumpu tentang nilai dan makna perpaduan/kemerdekaan
kepada kita. Ditaip dengan menggunakan komputer, fon Arial atau Times New
Roman, fon bersaiz 12 dan langkau 2 baris. Setiap esei mestilah bertajuk,
bersaiz 14.
·
2.
Panjang puisi adalah bebas. Tema puisi tentang kemerdekaan dan perpaduan. Puisi hendaklah ditaip dengan menggunakan
komputer, fon Arial atau Times New Roman, fon bersaiz 12 dan langkau 2 baris.
Setiap puisi mestilah bertajuk, bersaiz 14.
·
3.
Karya yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur dan tidak akan
dikembalikan, dan segala keputusan pertandingan yang tersebut di atas adalah
muktamad.
·
4. Pemenang akan diberitahu lewat panggilan
telefon.
Sila hantar karya asli dan borang penyertaan tuan/puan
yang lengkap diisi ke alamat berikut:-
BPJIA atau emel: ainol187@johor.uitm.edu.my
UiTM Cawangan Johor faks:
07-9352450
KM 12 Jalan Muar
85000 Segamat
JOHOR DT
(U.P:Pertandingan Menulis Esei dan Puisi Kemerdekaan)
Pengakuan:
Saya mengaku bahawa segala butiran di atas yang
dikemukakan untuk penyertaan pertandingan ini memenuhi syarat yang ditetapkan
oleh pihak penganjur dan benar. Sekiranya terdapat butiran di atas yang
meragukan dan tidak benar pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan
ini. Saya mengaku bahawa karya esei/ puisi ini merupakan karya asli saya
sendiri melainkan petikan/nukilan daripada sumber-sumber tertentu yang setiap
satunya dijelaskan.
Tandatangan dan Nama
..............................................................................
Monday, July 26, 2010
Teater Tanah Lindungan Tuhan 10 Julai 2010
Teater Tanah Lindungan Tuhan
Karya Rahimah Muda
Pengarah Zamri Pangat
anjuran PBM UiTM Johor,DBPWS
PPJ dan UPENA Johor
Bengkel Penulisan Kreatif Siri Ke-4 di Kg Mukut Pulau Tioman
Tanggal 22-24 Jun 2010
Gunung Semukut yang merupaka pasangan nenek Semukut yang berdiri sesetianya sambil mengadap laut China Selatan. Gunung batu kapur itu telah beberapa kali ditawan pemanjat dinding batu dari luar negara. kawasan yang dilitupi hutan yang menghijau teramat mendamaikan , juga mengilhamkan. Cubalah singgah di sana, pasti ada kenangan yang tidak bisa dilupakan. seperti air terjun Kg Juara, jeram dan lata di belakang Kg Mukut. pohon pauh yang lebat dan rasanya manis. orang kg yang mesra dan baik...
bergambar kenangan dengan warga SK Kg Mukut seusai menyerahkan buku-buku sumbangan warga UiTM Johor dan para pembimbing bengkel. bengkel kali ini dipimpin oleh Prof Siti Zainon Ismail dan Pn Nisah Haji Haron.
Kanak-kanak sekolah sungguh teruja menerima kunjungan kami. sekolah yang mempunyai bilangan pelajar tahun 1 hingga 6 tidak sampai 20 orang. mereka saling mengenali, bak keluarga besar yang mesra. terdapat hanya 30 buah keluarga seputar kg tersebut. penduduk rata-rata nelayan dan staf kerajaan seperti klinik kesihatan desa dan balai polis. mereka tinggal rukun dan damai.
Thursday, April 1, 2010
Bengkel Pemurnian Karya Cerpen dan Puisi



Tempat : Kampung Mukut Resort,Pulau Tioman
Tarikh : 22-24 Jun 2010
Pembimbing : Nisah Haron dan Prof Dr Siti Zainon Ismail
Peserta : 60 orang pensyarah UiTM Johor, UiTM Larkin, UiTM Melaka, PPJ dan DBPWS.
Bayaran : RM300.00 seorang (penginapan,makan dan minum,tambang feri dan lawatan keliling Pulau Tioman dengan menaiki bot)
Bayaran untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah RM120.00 seorang
Syarat : 1. Hantar sekurang-kurangnya 1 cerpen dan 2 buah puisi kepada Urusetia sebelum 15 Mei 2010.
2. Bayaran RM300, bayar sebelum 31 Mei 2010
Penganjur : UPENA UiTM Johor
Roslina Mohamad Shafi dan PM Ahmad Nawawi
Urusetia Promosi
Thursday, March 25, 2010
Mari Membaca di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010
Tanggal 23 Mac 2010 merupakan tarikh yang istimewa bagi warga UiTM Johor terutama bagi ajk membeli buku dan kerabat PPTDI. Di dalam dewan PWTC yang gah berdiri tersusun puluhan ribu buku yang sedia menerima para pembeli dan penggemar buku. Buku-buku yang dipamerkan di atas rak-rak yang comel amat memikat. Meski bajet terhad namun kami sempat jua menyambar beberapa buah buku untuk 'dikunyah' dan dihayati saat kelapangan. Di kesempatan menunggu bas kami sempat meninggalkan kenangan dalam potret. Bila lagi kita berpeluang ke sana? Mungkin tahun depan? Insya Allah. Terima kasih En Kadir kerna sudi mengepalai rombongan,dan kepada Zety pasti penuh debar menanti saat melahirkan 'novel sulung'. Hehehe...
Tuesday, February 23, 2010
Berita Dari Pena Selatan
Subscribe to:
Posts (Atom)