Monday, July 26, 2010

Teater Tanah Lindungan Tuhan 10 Julai 2010

Teater Tanah Lindungan Tuhan
Karya Rahimah Muda
Pengarah Zamri Pangat
anjuran PBM UiTM Johor,DBPWS
PPJ dan UPENA Johor

















Bengkel Penulisan Kreatif Siri Ke-4 di Kg Mukut Pulau Tioman

Tanggal 22-24 Jun 2010

Gunung Semukut yang merupaka pasangan nenek Semukut yang berdiri sesetianya sambil mengadap laut China Selatan. Gunung batu kapur itu telah beberapa kali ditawan pemanjat dinding batu dari luar negara. kawasan yang dilitupi hutan yang menghijau teramat mendamaikan , juga mengilhamkan. Cubalah singgah di sana, pasti ada kenangan yang tidak bisa dilupakan. seperti air terjun Kg Juara, jeram dan lata di belakang Kg Mukut. pohon pauh yang lebat dan rasanya manis. orang kg yang mesra dan baik...



















































bergambar kenangan dengan warga SK Kg Mukut seusai menyerahkan buku-buku sumbangan warga UiTM Johor dan para pembimbing bengkel. bengkel kali ini dipimpin oleh Prof Siti Zainon Ismail dan Pn Nisah Haji Haron.
Kanak-kanak sekolah sungguh teruja menerima kunjungan kami. sekolah yang mempunyai bilangan pelajar tahun 1 hingga 6 tidak sampai 20 orang. mereka saling mengenali, bak keluarga besar yang mesra. terdapat hanya 30 buah keluarga seputar kg tersebut. penduduk rata-rata nelayan dan staf kerajaan seperti klinik kesihatan desa dan balai polis. mereka tinggal rukun dan damai.



Thursday, April 1, 2010

Bengkel Pemurnian Karya Cerpen dan Puisi



















Tempat : Kampung Mukut Resort,Pulau Tioman

Tarikh : 22-24 Jun 2010

Pembimbing : Nisah Haron dan Prof Dr Siti Zainon Ismail

Peserta : 60 orang pensyarah UiTM Johor, UiTM Larkin, UiTM Melaka, PPJ dan DBPWS.

Bayaran : RM300.00 seorang (penginapan,makan dan minum,tambang feri dan lawatan keliling Pulau Tioman dengan menaiki bot)

Bayaran untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah RM120.00 seorang

Syarat : 1. Hantar sekurang-kurangnya 1 cerpen dan 2 buah puisi kepada Urusetia sebelum 15 Mei 2010.

2. Bayaran RM300, bayar sebelum 31 Mei 2010

Penganjur : UPENA UiTM Johor

Roslina Mohamad Shafi dan PM Ahmad Nawawi

Urusetia Promosi

Thursday, March 25, 2010

Mari Membaca di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010



























Tanggal 23 Mac 2010 merupakan tarikh yang istimewa bagi warga UiTM Johor terutama bagi ajk membeli buku dan kerabat PPTDI. Di dalam dewan PWTC yang gah berdiri tersusun puluhan ribu buku yang sedia menerima para pembeli dan penggemar buku. Buku-buku yang dipamerkan di atas rak-rak yang comel amat memikat. Meski bajet terhad namun kami sempat jua menyambar beberapa buah buku untuk 'dikunyah' dan dihayati saat kelapangan. Di kesempatan menunggu bas kami sempat meninggalkan kenangan dalam potret. Bila lagi kita berpeluang ke sana? Mungkin tahun depan? Insya Allah. Terima kasih En Kadir kerna sudi mengepalai rombongan,dan kepada Zety pasti penuh debar menanti saat melahirkan 'novel sulung'. Hehehe...


Tuesday, February 23, 2010

Berita Dari Pena Selatan



Berita Terbaru

Diantara aktiviti dan program yang sedang dirancang untuk tahun 2010 adalah seperti berikut :

wajah barisan peneraju..







Monday, January 4, 2010

Cetusan Wacana

Pengumuman :

Persatuan Penulis Johor dan PPJ Segamat akan menganjurkan Cetusan Wacana pada 17 January 2010 di Perpustakaan Awam Segamat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cetusan wacana boleh menghubungi Encik Ainol Hasanal di talian 07 9352163